Journal Article
Published
Unsur-Unsur Sekuler Dalam Budaya Politik Partai Islam di Indonesia: Kajian Terhadap Partai Kebangkitan Bangsa
Abstract
Sekularisme politik adalah salah satu bidang kajian yang cukup menarik untuk diteliti.
Apatah lagi apabila ianya dikaitkan dengan konteks politik di Indonesia dimana majoriti
penduduknya adalah ummat Islam. Berkait ini, kajian ini berupaya menganalisa unsur-unsur
sekular dalam budaya politik partai Islam di Indonesia iaitu Partai Kebangkitan Bangsa.
Selain dikenal sebagai partai yang terlahir daripada proses reformasi, Partai Kebangkitan
Bangsa juga dikenal kerana ianya merupakan salah satu partai politik yang memiliki
kedekatan sejarah dan kultural dengan Organisasi Massa Islam terbesar di Indonesia iaitu
Nahdlatul Ulama. Dengan menggunakan pendekatan sosiologi politik, dan teori sekularisasi
politik sebagaimana dikembangkan oleh Donald Eugene Smith, kajian kualitatif ini
menemukan beberapa unsur sekular dalam partai dimaksud. Antara unsur tersebut adalah
tergusurnya Islam sebagai identiti dan legitimasi politik partai kerana penghormatan yang
lebih tinggi terhadap nilai-nilai kebangsaan.
Publication Details
JournalUnsur-Unsur Sekuler Dalam Budaya Politik Partai Islam di Indonesia: Kajian Terhadap Partai Kebangkitan Bangsa
Volume9 (1)
Pagespp. 145-165
ISSN1979-9357
Item ID138
Deposited29 May 2021 07:40